Itu yang aku rasakan pada malam yang suram ini,
Kau,
Kau membuat hati ini menjadi lara,
Kau membuat hatiku hancur menjadi debu-debu yang berterbangan,
Saat kau berbuat demikian, hatiku terhenti seketika,
Apakah salah besarku yang ku pernah buat padamu?
Begitu besar sekalikah kesalahan ku ini?
Ya, aku memang buat salah, aku tidak sempurna, aku tetap manusia, aku menyakitkan hati org,
Namun ku tidak akan sesekali terdetik di fikiran utk berbuat apa yg kau telah lakukan,
Kerna hati aku sgt mencintai kamu, aku tidak sanggup melihat kau pergi,
Namun kau dah meninggalkan aku keseorangan,
Aku di sini hanya menangis tersedu,
sambil membuat coretan ini untuk engkau,
Kau juga membuat salah,
Masa silam telah membawa mimpi ngeri dalam hidupku,
Kita berdua telah membuat kesalahan,
Tapi kenapa kau tidak menyedarinya? Aku kesal
Kau telah membunuh hati yg lemah ini dgn sembilu,
Aku tewas, aku membiarkan air mata aku bercucuran sampai lebam di mata,
Namun aku sedar,
Ini yang kau mahukan
Aku pasrah, aku redha.
Mungkin mimpi aku telah menjadi realiti,
Iaitu melihat engkau lenyap begitu sahaja,
di saat kau berada di depan mataku,
Lalu aku terus rebah.